Doa Rabiatul Adawiyah-3
Tuhanku..
Apa saja yang akan kau kurniakan kepadaku
Berkenaan dengan dunia
Berikanlah kepada mereka yang memburunya
Dan apa saja kebaikan yang akan kau kurniakan kepadaku
Berkenaan akhirat
Berikanlah kepada hambamu yang beriman
Kerana aku hanya mahukan kasihmu tuhan
Wahai ALLAH
Jika aku beribadah
Kerana syurgamu..
Janganlah engkau masukkan aku kedalam Syurga
Andainya aku beribadah
Kerana takutkan Nerakamu
Maka lemparkanlah aku kedalamnya
Tetapi wahai Tuhan..
Jika aku beribadah
Kerana inginkan keredhaanMu
Maka janganlah engkau sia-siakan daku
atul
*rahsia di hati tak siapa yang tahu...*
Tuesday, 18 October 2011
Sunday, 16 October 2011
My Favourite Poem
My Favourite Poem-2
Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, dan kamu masih mampu tersenyum, sambil berkata: aku turut bahagia untukmu.
Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannnya walaupun dia tidak berada disisi kita.
Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mau mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.

Saturday, 15 October 2011
Syair Rabiatul Adawiyah
Syair Rabiatul Adawiyah-2
Hatiku tenteram dan damai jika aku diam sendiri
ketika Kekasih bersamaku
cintaNya padaku tak pernah berbahagi
dan dengan benda yang sana selalu mengujiku
bilakah dapat kurenungi keindahanNya?
Dia akan menjadi mihrabku
dan arahnya menjadi kiblatku
bila kumati kerana cinta, sebelum terpuaskan
akan terseksa dan lukalah aku di dunia ini
oh penawar jiwaku, hatiku
adalah santapan yang tersaji bagi mahuNya
barulah jiwaku pulih jika telah bersatu denganMu
oh sukacita dan nyawaku moga kekal lah
dan diriMu juga berahiku berasal
dari semua benda fana di dunia ini
diriku telah tercerai
hasratku adalah bersatu denganMu
melabuhkan rindu

Friday, 14 October 2011
Doa Rabiatul Adawiyah
Doa Rabiatul Adawiyah-2
"Tuhanku! Apa sahaja yang Engkau hendak kurnia kepadaku berkenaan dunia, berikanlah kepada musuhku dan apasahaja kebaikan yang Engkau hendak kurnia kepadaku berkenaan akhirat, berikanlah kepada orang-orang yang berIman, kerana aku hanya hendakkan Engkau kerana Engkau. Biarlah aku tidak dapat Syurga atau Neraka. Akuhendak pandangan Engkau padaku sahaja."

Thursday, 13 October 2011
My Favorite Poem
My Favorite Poem-1
Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Karena Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta.
Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata tu menyapa air mata yg satu lagi,” Saya air mata seorang gadis yang mencintai seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?”. Jawab titis air mata kedua tu,” Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang mencintai saya berlalu begitu sahaja.”
Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan, tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan; manakala kebencian membawa kepada kemusnahan.
Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Karena Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta.
Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata tu menyapa air mata yg satu lagi,” Saya air mata seorang gadis yang mencintai seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?”. Jawab titis air mata kedua tu,” Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang mencintai saya berlalu begitu sahaja.”
Wednesday, 12 October 2011
Syair Rabiatul Adawiyah
Syair Rabiatul Adawiyah-1
“Kekasihku tiada menyamai kekasih lain biar bagaimanapun, Tiada selain
Dia di dalam hatiku mempunyai tempat manapun, Kekasihku ghaib daripada
penglihatanku dan peribadiku sekalipun, Akan tetapi Dia tidak pernah
ghaib di dalam hatiku walau sedetik pun.”

Tuesday, 11 October 2011
Doa Rabiatul Adawiyah
Doa Rabiatul Adawiyah-1
"Ya Allah! Sekiranya amalanku ini adalah kerana takut neraka-Mu, maka tolaklah amalanku itu. Sekiranya amalanku ini adalah kerana mengharapkan syurga-Mu, maka kau tolaklah amalanku ini adalah kerana CINTA ku pada-Mu, maka kau terimalah amalanku itu."

Subscribe to:
Posts (Atom)